Pantai yang menjadi tumpuan anak2 muda dan keluarga untuk bersantai, menjadi tumpuan ramai setaip petang jumaat. Dengan permandangan indah nun jauh kelihatan disana beberapa buah pulau yang setaip satunya mempunyai sejarah dan cerita tersendiri.
Terdapat gerai2 dan pelbagai barangan dijual serta kemudahan lain yang terdapat disana, bagi yang ingin menginap atau bermalam disana terdapat Homestay yang berhampiran dengan kadar yang berpatutan.
Perjalanan lebihkurang 50km atau 1jam dari Alor Star, melalui jalan bawah ( jalan lama ) dikelilingi kehijauan sawah padi..berlatar belakangkan Gunung Jerai membuat anda tak terasa dengan 1 jam perjalanan ke sini.
Terdapat air terjun yang menarik tak jauh dari sini - TITI HAYUN.. tapi aku tak pernah sampai lagi...kesana :->